Saturday, November 28, 2009

penubuhan pesatuan bekas-bekas pelajar mrsm kuching

tok email yang aku dpt ... so harap ktk org maca jak la k

Assalamualaikum wbkt dan Selamat hari raya aidiladha kpd semua..

Memandangkan mesyuarat kita terpaksa dibatalkan, saya akan buat perbincangan secara online (via email) sahaja. Terdapat beberapa perkara yg perlu dibincang iaitu berkenaan dgn penubuhan ansara dan juga pembahagian tugas kpd ajk2. Untuk perbincangan yg pertama ini, kita akan bincangkan perkara2 berikut:

A. A. Pendaftaran Persatuan

Sebelum kita dpt mendaftar menjadi ansara, kita perlu mendaftar persatuan kita di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Saya cadangkan Encik Khairul Anwar Shazali untuk pergi ke jabatan tersebut bagi mendapatkn maklumat berkenaan dgn penubuhan persatuan. Bagi mempercepatkn lagi proses pendaftaran, kita perlu bincang maklumat2 yg mungkin akan diminta:


i. nama persatuan

Cadangan nama: Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kuching

Tindakan: semua ajk (sila cadangkan nama lain jika ada)

ii. tujuan persatuan/ sumbangan persatuan

Cadangan:

- membantu pelajar-pelajar MRSM Kuching (dari segi motivasi dan kewangan)

- membantu ahli-ahli persatuan yg kurang bernasib baik (sakit, kematian suami/isteri, etc)

Tindakan: semua ajk (sila cadangkan tujuan/sumbangan persatuan yg anda rasa perlu)

iii. lokasi pejabat persatuan

Cadangan: Pejabat MRSM Kuching, Jln. Sultan Tengah.

Tindakan: semua ajk (sila cadangkan jika ada lokasi lain yg sesuai)

*Pn. Karmaliah akan menulis surat minta persetujuan dari pihak maktab jika cadangan ini dipersetujui.

iv. perlembagaan/undang2 persatuan

Bahagian ini saya tak berapa faham, sesiapa yg tahu perkara ini boleh tolong beri idea/cadangan. Adakah ia berkaitan dgn syarat keahlian? atau ada maksud lain spt cara perlantikan presiden, ajk tertinggi dan sbgnya?

Tindakan: semua ajk (sila beri cadangan berkenaan dgn perkara ini)

v. sumber kewangan persatuan

Cadangan: kutipan derma dari ahli-ahli persatuan, yuran pendaftaran keahlian, yuran tahunan keahlian.

Tindakan: semua ajk (sila beri cadangan jika ada sumber yg lain)

B. B. Kutipan derma/sumbangan untuk menjayakan AGM yg pertama

Bagi menjayakan AGM yg pertama nanti, kita perlukan dana untuk perkara-perkara berikut:

- Sewa dewan dan fasiliti lain

- Jamuan ringan semasa AGM

- Publisiti (iklan di akhbar2, banner, etc)

Tindakan: semua ajk (sila beri cadangan bagaimana kita nak buat kutipan dan cara menyimpannya.)

C. C. Lokasi AGM yg pertama

Cadangan: Untuk memastikan ramai bekas pelajar dpt datang ke AGM, lokasi yg sesuai perlu dipilih. Saya cadangkan kita pilih lokasi yang paling senang dan mudah utk dikunjungi, dan tempat yg saya rasa sesuai untuk diadakan AGM ialah sama ada di Kuching, Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Oleh yg demikian, borang pengesanan bekas pelajar (telah saya lampirkan dalam email terdahulu) perlu diedar utk mengenalpasti lokasi paling ramai bekas pelajar kita berada. Jika ramai di Semenanjung, kita buat di KL, kalau ramai di Sarawak, kita buat di Kuching, dan jika ramai di Sabah, kita buat AGM di KK. Dalam borang tersebut juga terdapat soalan berkenaan dgn lokasi pilihan masing2.

Tindakan: semua ajk (sila beri cadangan lain jika ada. Jika bersetuju dgn cadangan diatas, sila cadangkan tempat yg sesuai di kawasan tersebut)

D. Hal-hal lain

i. Rekod/ Senarai bekas pelajar MRSM Kuching: Salah satu objektif penubuhan ajk penaja ialah untuk mewarwarkan serta memanggil bekas pelajar MRSM Kuching untuk menghadiri AGM. Oleh yg demikian, kita perlukan senarai nama bekas pelajar sebagai checklist bagi memastikan semua bekas pelajar dimaklumkan ttg AGM ini. Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan MRSM Kuching tidak lagi menyimpan sebahagian besar rekod bekas pelajar mereka, jadi kita perlu buat sendiri senarai tersebut. Salah satu cara ialah dgn menggunakan borang pengesanan diatas (rujuk bahagian C). Cara lain ialah dgn cuba mengingat semula ahli2 stp kelas bagi setiap batch. Perlu diingatkan bhw kita juga perlu tahu alamat rmh/email/no hp/username facebook/friendster/twitter/etc bagi memudahkn kita menghubungi mereka.

Tindakan: semua ajk (sila beri cadangan lain jika ada).

* Saya akan memuat naik borang pengesanan tersebut dalam masa yg terdekat.

* Pn. Karmaliah akan cuba dapatkan rekod2 pelajar yg masih disimpan oleh pihak pengurusan MRSM Kuching.

Sila balas email ini secepat yg mungkin supaya saya dapat mengagihkan tugas2 yg perlu dilaksanakan oleh setiap ajk. Kepada En. Khairul Anwar, jika sudah ada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, sila maklumkn kpd saya. Kita akan sambung perbincangan ini pd 19 December 2009 atau setelah saya dpt maklumbalas dari anda semua.

Sebelum saya mengakhiri perbincangan ini, saya ingin memohon maaf jika perbincangan melalui email ini agak kurang sesuai. Jika ada kaedah lain yg lebih sesuai, maklumkn kpd saya. Saya akan cuba perbaiki selagi termampu.

Sekian, terima kasih,

Wassalam

Rujukan:

1) http://ansarajasin.org/modules/news/article.php?storyid=10

--
Muhammad Asyraf Khairuddin